Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESYUARAT ASEAN SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASEANSAI) STRATEGIC PLANNING COMMITTEE (SPC)

JABATAN AUDIT, Khamis, 7 Syawal 1442 / 20 Mei 2021 – Mesyuarat ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) Strategic Planning Committee (SPC) yang dipengerusikan oleh State Audit Office of Vietnam (SAI Vietnam) selaku Pengerusi ASEANSAI SPC telah dihadiri oleh 22 orang wakil dari lapan (8) negara ahli ASEANSAI SPC dan dua (2) pemerhati dari Swedish National Audit Office  secara talian pada 20 Mei 2021 yang mana Jabatan Audit diwakili oleh Awang Razaimi bin Adam, Pemangku Penolong Juruaudit Agung Tingkat I serta seorang pegawai kanan Jabatan Audit.

           

 Mesyuarat ini diadakan sebagai platform bagi ahli-ahli ASEANSAI SPC untuk membincangkan Laporan Penilaian Keperluan dan Analisis SWOT bagi ASEANSAI Strategic Plan 2022 - 2025, potential Strategic Goals, Strategic Objectives dan keutamaan-keutamaan (priorities) bagi ASEANSAI Strategic Plan 2022 - 2025 serta isu-isu lain berkaitan dengan pembangunan ASEANSAI Strategic Plan 2022 - 2025.


Attachments
Created at 9/18/2021 4:55 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 9/20/2021 3:03 PM by Lim Lin Teck