Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
8TH ASIAN ORGANISATION OF SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASOSAI) SYMPOSIUM

JABATAN AUDIT, Rabu, 1 Safar 1443 / 8 September 2021 – Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusop bin Haji Mahmud, Juruaudit Agung Negara Brunei Darussalam, telah menghadiri The 8th Asian Organisationn of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Symposium secara talian yang membawa tema "The ASOSAI and the Next Normal: Resilience amidst Challenges". Simposium ini turut dihadiri oleh ketua-ketua SAI berserta delegasi dari 42 negara ahli ASOSAI dan juga dari organisasi-organisasi antarabangsa.




Pada sesi perasmian 8th ASOSAI Symposium, Tuan Yang Terutama General Chanathap Indamra, President of the State Audit Commission of the Kingdom of Thailand selaku Pengerusi ASOSAI bagi sesi 2021 - 2024 telah menyampaikan ucapan alu-aluan antara lain mengenai empat sub-topik yang dibincangkan semasa simposium berkenaan akan memberikan sumbangan penting untuk merealisasikan Rancangan Strategik ASOSAI bagi tahun 2022 - 2027 dan memberikan panorama aktiviti ASOSAI di masa depan.

 

Semasa simposium berkenaan, sebanyak 38 kertas kerja telah dibentangkan oleh institusi-institusi sektor awam (Supreme Audit Institutions [SAIs]) berkaitan dengan empat sub-topik tema simposium iaitu SAIs and Promoting Good Governance in the Next Normal, SAIs and Encouraging for the Achievement of SDGs; SAIs and Leveraging by using Advanced Technologies for Public Sector Auditing; dan SAIs and Responding to Disaster and Pandemic Emerging Issues.




Attachments
Created at 10/23/2021 1:22 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 10/23/2021 1:25 PM by Lim Lin Teck