Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah


Dalam usaha-usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah mengukuhkan tadbir urus kerajaan  serta mempertingkatkan integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam, Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam bertanggungjawab untuk melaksanakan ​ ​pengauditan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 dan Akta Audit Penggal 152.


Sejarah penubuhan Jabatan Audit di Negara ini bermula sejak tahun 1935, iaitu semasa Negara ini ditadbir oleh Kerajaan British. Sehingga tahun 1949, Kerajaan Brunei Darussalam masih tertakluk kepada kuasa audit Negeri Sarawak di Kalimantan Utara, yang mana Juruaudit yang bertanggungjawab bagi melaksanakan pengauditan terdiri daripada warga luar yang dilantik oleh Kerajaan British untuk membuat lawatan-lawatan Audit ke Negara ini.

Dengan termaktubnya Perlembagaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1959, Jabatan Audit di Negara ini tidak lagi di bawah pentadbiran Kerajaan British. Maka bermulalah perlantikan seorang warga luar sebagai Juruaudit Agung, Yang Mulia Dato Paduka G.T. Hambly dalam tahun 1965, yang mana beliau menerajui Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sehingga tahun 1989 dan setelah itu Jabatan Audit diterajui oleh warga tempatan.


Yang Mulia Dato Paduka G.T. Hambly,
Juruaudit Agung pertama dalam tahun 1965
 
Yang Mulia Dato Paduka Haji Zakaria bin Haji Jeneh
Tahun 1989 – 1996
Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Kani bin Haji Md. Salleh
Tahun 1997 – 2002

Yang Mulia Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah
Tahun 2002 – 2008

Yang Mulia Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh
Tahun 2011 – 2013

Yang Mulia Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh
Tahun 2011 – 2013
Yang Mulia Awang Haji Matali bin Haji Md. Yusof
Tahun 2014 – 2016

Yang Mulia Dato Paduka Haji Yahya bin Haji Idris
Tahun 2017 - 2019
HY.jpg
Yang Mulia Awang Haji Yusop bin Haji Mahmud
Juruaudit Agung sejak 12 November 2019 hingga sekarang.

Bangunan Jabatan Audit pada tahun 1965 terletak di Jalan Residency, Bandar Seri Begawan dengan tenaga kerja seramai 17 orang yang terdiri dari Juruaudit Agung, Timbalan Juruaudit Agung, Ketua Pemeriksa, dua (2) orang Pemeriksa Kanan, 10 orang Pemeriksa dan selebihnya tenaga kerja dokongan. Pada masa itu,   lebih   kurang  26   buah   entiti Kerajaan yang tertakluk kepada pemeriksa  audit yang  mana  jumlah keseluruhan peruntukan Kerajaan bagi perbelanjaan adalah lebih kurang $94 juta, manakala bagi kutipan hasil pula adalah lebih kurang $108 juta.
Bangunan Lama Jabatan Audit pada tahun 1965
di Jalan Residency, Bandar Seri Begawan

Setelah Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, jumlah tenaga kerja semakin meningkat daripada 104 orang pegawai dan kakitangan kepada 135 orang pada masa ini. Jabatan-jabatan kerajaan juga semakin bertambah iaitu dari 10 buah Kementerian mengandungi 56 buah Jabatan Kerajaan dalam tahun 1985 yang kemudiannya meningkat kepada 12 buah Kementerian yang mengandungi 109 buah Jabatan Kerajaan pada masa ini. Tambahan itu, pengauditan juga dilaksanakan ke atas syarikat-syarikat milik Kerajaan dan badan-badan statutori yang semuanya berjumlah 99 entiti. Di samping melaksanakan pengauditan ke atas akaun-akaun jabatan-jabatan kerajaan, Jabatan Audit juga melaksanakan pengauditan ke atas akaun-akaun misi-misi seberang laut (Pejabat Suruhanjaya dan Kedutaan Besar NBD di luar negara).

Pada tahun 1989, Jabatan Audit ditempatkan di Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas yang pada masa ini adalah Bangunan Kementerian Pendidikan. Kemudiannya pada tahun 1997, Jabatan Audit telah berpindah ke Bangunan Bahirah, Jalan Dewan Majlis hinggalah sekarang.
Bangunan Bahirah, Jabatan Audit sejak tahun 1997
sehingga sekarang di Jalan Dewan Majlis,
Bandar Seri Begawan