Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSewa Dewan


1.    Untuk mengetahui syarat-syarat peraturan dan garispanduan bagi penyewaan dewan, bolehlah dimuat turun :

2.    Sewa Dewan dan Kawasan Luar

​2.1​Kadar Sewa : ​ ​
​2.1.1 Dewan Serbaguna (anggaran muatan 300 orang tertakluk cara penyusunan meja dan kerusi)**

​(a) Sekali sewa (tidak melebihi 7.5 jam): $400 ​

​(b)Bagi bilangan 3(a), penggunaan bagi kawasan luar letak kereta beratap (muatan 400 orang) adalah percuma dan dibukakan pada hari-hari bekerja mulai jam 6.00 petang - 11.30 malam manakala pada hari Jumaat, Ahad dan Cuti Kelepasan Awam mulai 6.00 pagi- 11.30 malam. ​
2.1.2 Kawasan Luar sahaja (anggaran muatan 400 orang tertakluk cara penyusunan meja dan kerusi)**

​(a)​Sekali sewa (tidak melebihi 7.5 jam): $180 (dibukakan pada hari-hari bekerja mulai jam 6.00 petang - 11.30 malam manakala pada hari Jumaat, Ahad dan Cuti Kelepasan Awam mulai 6.00 pagi - 11.30 malam).

**Kadar Caj penyewaan dewan / kawasan luar adalah berdasarkan tempoh jam dari Majlis/Acara dimulakan dan selesai diadakan sahaja (tempoh bagi persediaan dan penyusunan segala kelengkapan sebelum dan selepas Majlis/Acara diadakan adalah dikecualikan).

3.   Terma & Syarat Pembayaran :

(a)Wang Cagaran (Deposit) 50% akan dikenakan kepada penyewa semasa Borang Tempahan Dewan Serbaguna / Kawasan Luar Bangunan Bahirah dikembalikan.
(b)Pembayaran penuh hendaklah dijelaskan tidak lewat seminggu sebelum tarikh Majlis / Acara diadakan. Gagal membuat pembayaran pada tempoh yang ditetapkan, kunci dewan tidak akan diserahkan kepada penyewa, manakala wang cagaran tidak akan dikembalikan.
(c) Penyewa boleh membatalkan tempahan dan mengutip semula wang cagaran jika pihak Jabatan Audit dimaklumkan sekurang-kurangnya 2 hari (48 jam) sebelum berlangsungnya Majlis / Acara. Kegagalan berbuat demikian dengan sendirinya wang cagaran tidak akan dikembalikan.
(d)Caj Tambahan Lebih Masa sebanyak $85 setiap 1 jam (jika penyewaan melebihi 7.5 jam).
(e) Dewan Serbaguna / Kawasan Luar Bangunan Bahirah mesti dikosongkan 2 jam selepas Majlis / Acara selesai. Caj Lambat mengosongkan selepas 2 jam selesai Majlis / Acara akan ditolak dari Wang Cagaran (deposit) sebanyak 1% dari kadar sewa setiap 1 jam seterusnya.
(f)Bagi mana-mana Majlis / Acara di sebelah malam tidak boleh diadakan melimpasi jam 11.30 malam.
(g) Waktu Pembayaran adalah dibuka pada waktu bekerja setiap Isnin - Khamis mulai jam 8.30 - 11.00 pagi & jam 2.00 - 3.00 petang & pada setiap Sabtu mulai jam 8.30 - 11.00 pagi sahaja, di Bahagian Pentadbiran, Tenaga Manusia dan Korporat, Tingkat 6, Bangunan Bahirah, Jabatan Audit.     

4.   Borang Penyewaan Dewan

​(a)​​​​Kepada yang berhasrat untuk menggunakan Dewan Serbaguna Bangunan Bahirah bolehlah memuat turun borang tempahan berkenaan :

​(b)​Atau mendapatkannya di kaunter yang beralamat di : ​ ​ ​

Bahagian Pentadbiran, Tenaga Manusia dan Korporat

Jabatan Audit

Tingkat 6, Blok B, Bangunan Bahirah

Jalan Menteri Besar, Berakas ‘A’, BB3910

Bandar Seri Begawan

Negara Brunei Darussalam.

​(c)​Borang tersebut bolehlah diperolehi pada waktu bekerja seperti berikut : ​
Setiap Isnin - Khamis mulai jam 8.00 pagi - 12.15 tengahari dan 1.30 - 4.30 petang. ​
​Setiap Sabtu mulai jam 8.00 pagi - 12.15 tengahari dan 1.30 - 4.30 petang.
**kecuali pada hari-hari cuti hujung minggu/kelepasan awam
​(d)​Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat melalui emel: info@audit.gov.bn ataupun ​menghubungi operator Jabatan Audit melalui +673 2380576 /77.


**Dikemaskini pada 06 Ogos 2020