JABATAN AUDIT, Jumaat, 18 Jamadilakhir 1446 / 20 Disember 2024 – 2nd Virtual Meeting On The Asean Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) Strategic Plan 2026 – 2029 yang dianjurkan oleh State Audit Office of Viet Nam selaku Pengerusi ASEANSAI Strategic Planning Committee (SPC) telah dihadiri oleh enam (6) negara ahli ASEANSAI SPC iaitu Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam, Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia, Commission on Audit of the Republic of the Philippines, Jabatan Audit Negara Malaysia, State Audit Organisation of Lao People’s Democratic Republic dan State Audit Office of the Kingdom of Thailand  secara talian pada 20 Disember 2024.

Mesyuarat berkenaan bertujuan antara lain membincangkan mengenai struktur rangka kerja, SWOT Analysis, potential Strategic Goals, Strategic Objectives dan keutamaan-keutamaan (priorities) bagi ASEANSAI Strategic Plan 2026 – 2029 dan juga isu-isu lain berkaitan dengan pembangunan ASEANSAI Strategic Plan 2026 – 2029.

Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sebagai ahli ASEANSAI SPC telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video yang diadakan di Jabatan Audit yang diketuai oleh Dayang Nora Suryani binti Jahali, Penolong Juruaudit Agung serta dua orang pegawai kanan Jabatan Audit.