PARKROYAL COLLECTION MARINA BAY, REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 22 Jamadilawal 1447 / 13 November 2025 – 8th ASEANSAI Summit yang diadakan di Parkroyal Collection Marina Bay, Republik Singapura pada 13 November 2025 telah dihadiri oleh 52 orang delegasi dari sepuluh (10) negara ahli ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) dan juga wakil-wakil dari ASEAN Secretary General , Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Secretary General dan development partners yang mana delegasi Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusop bin Haji Mahmud, Juruaudit Agung Negara Brunei Darussalam serta dua (2) orang pegawai kanan Jabatan Audit.
Selaku penganjur sidang kemuncak 8th ASEANSAI Summit, Tuan Yang Terutama Ng Wai Choong, Auditor General of Auditor-General’s Office of Singapore dan Timbalan Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2023 – 2025 turut mengalu-alukan kehadiran delegasi-delegasi negara ahli ASEANSAI dengan menyampaikan ucapan alu-aluan.
Mesyuarat turut menyaksikan Auditor-General’s Office Singapore secara rasmi beralih daripada peranannya sebagai Timbalan Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2023 – 2025 untuk menyandang sebagai Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2025 – 2027, manakala State Audit Office of the Kingdom of Thailand mengambil alih sebagai Timbalan Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2025 – 2027. Sidang kemuncak itu juga meluluskan ASEANSAI Annual Results Report 2025 of the Committees and Secretariat, Pelan Strategik ASEANSAI bagi tahun 2026 – 2029, Pelan Kerja Komiti-Komiti ASEANSAI bagi tahun 2026 – 2027, belanjawan untuk aktiviti-aktiviti ASEANSAI untuk tahun 2026 – 2027, 5th Revision of ASEANSAI Rules and Procedures dan perlantikan Office of the Auditor General of the Union of Myanmar sebagai Juruaudit ASEANSAI bagi Laporan-laporan Kewangan bagi tahun 2024 dan tahun 2025.
Sebelum berlangsungnya 8th ASEANSAI Summit, Mesyuarat Teknikal bagi 8th ASEANSAI Summit telah diadakan pada 12 November 2025 yang dipengerusikan oleh Ketua Sekretariat ASEANSAI bagi membincangkan dan memuktamadkan isu-isu strategik yang akan diluluskan semasa sidang kemucak berkenaan. Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh wakil-wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEANSAI termasuk Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Dayang Hajah Siti Kamariah binti Haji Mohiddin, Pemangku Penolong Kanan Juruaudit Agung berserta seorang pegawai kanan Jabatan Audit.