JABATAN AUDIT, Rabu, 14 Ramadhan 1444 / 5 April 2023 – Mesyuarat Ketiga Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 yang dianjurkan oleh pihak Sekretariat Agung Badan Pemeriksa Kewangan Republik Indonesia (Supreme Audit Institution [SAI] Indonesia) selaku Ketua Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13telah dihadiri oleh 17 negara ahli ASOSAI iaitu SAI Australia, SAI Brunei Darussalam, SAI China, SAI India, SAI Indonesia, SAI Jordan, SAI Kuwait, SAI Lao P.D.R, SAI Malaysia, SAI Maldives, SAI Nepal, SAI Palestine, SAI Philippines, SAI Sri Lanka, SAI Thailand, SAI Turkiye dan SAI Vietnam dan tiga (3) negara ahli Arab Organisation of Supreme Audit Institutions (ARABOSAI), iaitu SAI Egypt, SAI Morocco dan SAI Tunisia selaku pemerhati secara talian pada 5 April 2023.

Mesyuarat berkenaan bertujuan membentangkan dan memuktamadkan deraf Bab 2 – Definasi dan Konsep Remote Auditing (Chapter 2 – Definition and Concept of Remote Auditing) dengan mengambilkira cadangan-cadangan dan juga mendapatkan penjelasan dari ahli-ahli Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 yang lainnya. Pada masa yang sama, mesyuarat juga bertindak sebagai platform mengongsikan pandangan semasa sesi perkongsian mengenai topik “SAI’s Agility in Conducting Audits” yang diadakan bagi mengetahui bagaimana sesebuah SAI mengambil keputusan untuk memulakan remote auditing dan menguruskan risiko (risks) dan peluang (opportunities) yang berkaitan dengan amalan-amalan remote audit serta mengenalpasti perubahan besar dalam amalan-amalan pengauditan sebelum, semasa dan selepas wabak COVID-19.
Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sebagai ahli Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video yang diadakan di Jabatan Audit yang diketuai oleh Dayang Voo Kiaw Lan, Pemangku Penolong Juruaudit Agung Tingkat I serta tiga (3) pegawai kanan Jabatan Audit.