JABATAN AUDIT, Rabu, 22 Sya’aban 1444 / 15 Mac 2023 – Seramai 16 orang wakil dari enam (6) negara ahli ASEANSAI telah menghadiri ASEANSAI RPC Meeting 2023 yang berlangsung pada 15 Mac 2023 secara format hibrid, iaitu secara fisikal dan melalui sidang video.
Pada sesi perasmian ASEANSAI RPC Meeting 2023, Puan Yang Terutama Goh Soon Poh, Auditor-General of Singaporeselaku Pengerusi ASEANSAI RPC sesi 2021 – 2023 dan pengerusi mesyuarat berkenaan mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil ahli negara ASEANSAI RPC kerana meluangkan masa untuk menyemak ASEANSAI Rules and Procedures (R&P) bagi memastikan R&P kekal teguh dan mengikut peredaran masa.

Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sebagai negara ahli ASEANSAI RPC telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video yang diadakan di Jabatan Audit yang diketuai oleh Dayang Josephine Chia Kim Lian, Penolong Juruaudit Agung Tingkat II serta dua (2) pegawai kanan Jabatan Audit