JABATAN AUDIT, Rabu, 16 Zulkaedah 1444 / 5 Jun 2023 – ASEANSAI KSC Meeting on Fundamental Guidelines in Construction Audit sebagai salah satu aktiviti di bawah Pelan Kerja ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) bagi tahun 2022-2023 dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam (SAI Brunei Darussalam) secara talian pada 5 Jun 2023.
Pada sesi perasmian ASEANSAI KSC Meeting on Fundamental Guidelines in Construction Audit, Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusop bin Haji Mahmud, Juruaudit Agung Negara Brunei Darussalam memberikan ucapan alu-aluan dengan memberi penghargaan ke atas kehadiran semua wakil ASEANSAI dan juga menekankan bahawa mesyuarat ini adalah untuk membincangkan mengenai draf struktur Fundamental Guidelines in Construction Audit. Sehubungan itu, Yang Mulia Juruaudit Agung juga mengulas bahawa maklum balas yang diterima daripada survey dan assessment yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam kepada semua negara ahli ASEANSAI telah dijadikan matriks komprehensif yang akan membantu dalam pembentukan dan pembangunan dalam Fundamental Guidelines in Construction Audit yang bertujuan untuk digunakan oleh semua ahli ASEANSAI.

Seterusnya, Yang Mulia Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Pemangku Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara Malaysia selaku Pengerusi ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) memberikan ucapan pembukaan video pra-rakaman yang mana beliau merakamkan rasa terima kasih atas kehadiran Knowledge Sharing Expert dalam bidang pengauditan ke atas projek pembinaan daripada Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam serta semua delegasi mesyuarat berkenaan. Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa objektif pengauditan pembinaan awam iaitu untuk memastikan kualiti infrastruktur boleh menyumbang kepada Sustainable Development Goals 9, yang didedikasikan untuk “Build Resilience Infrastructure, Promote Inclusive and Sustainable Industrialisation and Foster Innovation” dan juga membantu dalam mengurangkan rasuah (Sustainable Development Goals 16), terutama rasuah terhadap public procurement.

Mesyuarat berlangsung tertumpu pada aspek utama garis panduan audit pembinaan yang mana melibatkan perbincangan mengenai pengenalan dan merangkumi topik perolehan kontrak dan garis panduan berkaitan audit pembinaan. Secara keseluruhannnya, mesyuarat juga bertindak sebagai platform untuk membincangkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan audit pembinaan seperti penipuan dan rasuah, cabaran yang dihadapi semasa pengauditan, lessons learned, dan hala tuju masa depan dalam pelaksanaan pengauditan projek pembinaan.
