JABATAN AUDIT, Khamis, 17 Zulkaedah 1446 / 15 Mei 2025 – 2nd Virtual Meeting On The Asean Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) Strategic Plan 2026 – 2029 yang dianjurkan oleh State Audit Office of Viet Nam selaku Pengerusi ASEANSAI Strategic Planning Committee (SPC) telah dihadiri oleh enam (6) negara ahli ASEANSAI SPC iaitu Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam, Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia, Commission on Audit of the Republic of the Philippines, Jabatan Audit Negara Malaysia, State Audit Organisation of Lao People’s Democratic Republic dan State Audit Office of the Kingdom of Thailand dan juga pakar bidang khusus (subject matter expert) dari Swedish National Audit Office secara talian pada 15 Mei 2025.

Mesyuarat berkenaan bertujuan menbentangkan deraf ASEANSAI Strategic Plan 2026 – 2029 dan rangka kerja implementasi matriks berkaitan dengan ASEANSAI Strategic Plan 2026 – 2029 dan juga membincangkan isu-isu lain berkaitan dengan deraf ASEANSAI Strategic Plan 2026 – 2029.
Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sebagai ahli ASEANSAI SPC telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video yang diadakan di Jabatan Audit yang diketuai oleh Dayang Nora Suryani binti Jahali, Penolong Juruaudit Agung serta dua (2) pegawai kanan Jabatan Audit.
Jabatan Audit telah dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat dari ahli-ahli SAI telah membentangkan deraf kedua ASEANSAI SPC dan Jabatan Audit telah mencadangkan agar penyediaan deraf ASEANSAI SPC merangkumi risiko yang bakal dihadapi di dalam Implementation Matrix bagi ASEANSAI SPC.