Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

THE 7TH ASEAN SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASEANSAI) SENIOR OFFICIALS’ MEETING

JABATAN AUDIT, Rabu, 16 Zulhijjah 1444 / 5 Julai 2023 – 7th ASEANSAI Senior Officials' Meeting (SOM) yang dianjurkan oleh Office of the Auditor General of the Union, the Republic of the Union of Myanmar (SAI Myanmar) selaku Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2021 - 2023 telah dihadiri oleh 51 orang wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) secara talian pada 4 hingga 5 Julai 2023 yang mana Jabatan Audit telah diketuai oleh Dayang Norasmah binti Haji Ali, Penolong Kanan Juruaudit Agung serta lima (5) orang pegawai kanan Jabatan Audit.

7th SOM_5_July_2023.png

Pada sesi perasmian mesyuarat 7th ASEANSAI SOM, Tuan Yang Terutama Tin Oo, selaku Pengerusi ASEANSAI dan Union Auditor General of the Republic of the Union of Myanmar  telah menyampaikan ucapan alu-aluan antara lain merakamkan penghargaan kepada semua negara ahli ASEANSAI dalam menyelesaikan isu-isu yang berbangkit akibat wabak COVID-19 yang menjejaskan aktiviti-aktiviti ASEANSAI. Beliau juga mengulas bahawa usaha gigih setiap komiti ASEANSAI dan komitmen semua negara ahli ASEANSAI telah menjayakan beberapa aktiviti penting ASEANSAI merangkumi mesyuarat  bengkel dan seminar yang telah diadakan secara talian.

 

Mesyuarat seterusnya di pengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Bahtiar Arif, Setiausaha Agung Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia (SAI Indonesia) selaku Ketua ASEANSAI Secretariat yang antara lain membincangkan agenda yang berkaitan dengan Pelan Kerja Komiti-Komiti ASEANSAI bagi tahun 2024 - 2025, isu-isu mengenai Penyata Kewangan ASEANSAI; dan isu-isu strategik yang lain berkaitan dengan 7th ASEANSAI Summit


Attachments
Created at 7/29/2023 4:12 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 7/29/2023 4:12 PM by Lim Lin Teck