Dalam usaha-usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke arah mengukuhkan tadbir urus kerajaan serta mempertingkatkan integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan awam, Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam bertanggungjawab untuk melaksanakan pengauditan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 dan Akta Audit Penggal 152.
Sejarah penubuhan Jabatan Audit di Negara ini bermula sejak tahun 1935, iaitu semasa Negara ini ditadbir oleh Kerajaan British. Sehingga tahun 1949, Kerajaan Brunei Darussalam masih tertakluk kepada kuasa audit Negeri Sarawak di Kalimantan Utara, yang mana Juruaudit yang bertanggungjawab bagi melaksanakan pengauditan terdiri daripada warga luar yang dilantik oleh Kerajaan British untuk membuat lawatan-lawatan Audit ke Negara ini.
Dengan termaktubnya Perlembagaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1959, Jabatan Audit di Negara ini tidak lagi di bawah pentadbiran Kerajaan British. Maka bermulalah perlantikan seorang warga luar sebagai Juruaudit Agung, Yang Mulia Dato Paduka G.T. Hambly dalam tahun 1965, yang mana beliau menerajui Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sehingga tahun 1989
dan setelah itu Jabatan Audit diterajui oleh warga tempatan.
Yang Mulia Dato Paduka G.T. Hambly, Juruaudit Agung pertama dalam tahun 1965 |
Yang Mulia Dato Paduka Haji Zakaria bin Haji Jeneh Tahun 1989 – 1996 | Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Kani bin Haji Md. Salleh Tahun 1997 – 2002 |
Yang Mulia Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah
Tahun 2002 – 2008 | Yang Mulia Dato Paduka Haji Mahadi bin Haji Ibrahim Tahun 2008 – 2011 |
Yang Mulia Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh
Tahun 2011 – 2013 | Yang Mulia Awang Haji Matali bin Haji Md. Yusof Tahun 2014 – 2016 |
Yang Mulia Dato Paduka Haji Yahya bin Haji Idris Tahun 2017 - 2019
|
Bangunan Jabatan Audit pada tahun 1965 terletak di Jalan Residency,
Bandar Seri Begawan dengan tenaga kerja seramai 17 orang yang terdiri dari
Juruaudit Agung, Timbalan Juruaudit Agung, Ketua Pemeriksa, dua (2) orang Pemeriksa
Kanan, 10 orang Pemeriksa dan selebihnya tenaga kerja dokongan. Pada masa itu, lebih kurang 26 buah
entiti Kerajaan yang tertakluk kepada pemeriksa
audit yang mana jumlah keseluruhan peruntukan Kerajaan bagi perbelanjaan adalah lebih kurang
$94 juta, manakala bagi kutipan hasil pula adalah lebih kurang $108 juta. | Bangunan Lama Jabatan Audit pada tahun 1965
di Jalan Residency, Bandar Seri Begawan
|
Setelah
Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, jumlah
tenaga kerja semakin meningkat daripada 104 orang pegawai dan kakitangan
kepada 135 orang pada masa ini. Jabatan-jabatan kerajaan juga semakin
bertambah iaitu dari
10
buah Kementerian mengandungi 56 buah Jabatan Kerajaan dalam tahun 1985
yang kemudiannya meningkat kepada 12 buah Kementerian yang mengandungi
109 buah Jabatan Kerajaan pada masa ini.
Tambahan itu, pengauditan juga dilaksanakan ke atas syarikat-syarikat
milik Kerajaan dan badan-badan statutori yang semuanya berjumlah 99
entiti.
Di
samping melaksanakan pengauditan ke atas akaun-akaun jabatan-jabatan
kerajaan, Jabatan Audit juga melaksanakan pengauditan ke atas
akaun-akaun misi-misi seberang laut (Pejabat Suruhanjaya dan Kedutaan
Besar NBD di luar negara).
Pada tahun 1989, Jabatan Audit ditempatkan di Jalan Lapangan Terbang
Lama Berakas yang pada masa ini adalah Bangunan Kementerian Pendidikan.
Kemudiannya pada tahun 1997, Jabatan Audit telah berpindah ke Bangunan Bahirah, Jalan Dewan Majlis hinggalah sekarang. | Bangunan Bahirah, Jabatan Audit sejak tahun 1997 sehingga sekarang di Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan
|
|