Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MESYUARAT ASEAN AUDIT COMMITTEE KE-48

JABATAN AUDIT, Khamis, 17 Zulhijjah 1444 / 6 Julai 2023 – Seramai 55 orang wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEAN dan beberapa pegawai dari ASEAN Sekretariat (ASEC) berserta pemerhati-pemerhati dari Timor Leste telah menghadiri mesyuarat AAC kali ke-48 (48th ASEAN Audit Committee Meeting) melalui sidang video yang mana mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mr. Bahtiar Arif, Secretary General of the Audit Board of the Republic of Indonesia. Jabatan Audit sebagai wakil AAC bagi Negara Brunei Darussalam telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video di Jabatan Audit yang diketuai oleh Dayang Deborah Lim Shin Yie, Pemangku Penolong Juruaudit Agung Tingkat I serta seorang pegawai kanan Jabatan Audit.

AAC ke 48_6_July_2023.jpg


Mesyuarat selama satu hari ini membincangkan beberapa agenda berkaitan dengan susulan laporan mesyuarat AAC kali ke-47, Penyata Kewangan ASEC bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022, laporan Internal Audit and Evaluation Division  (IAED) ASEC serta Pelan Kerja Audit Dalaman IAED ASEC bagi tahun 2023 - 2024, dan hal-hal lain.

Attachments
Created at 7/29/2023 4:14 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 7/29/2023 4:14 PM by Lim Lin Teck