DIAMOND
HOTEL, MANILA, REPUBLIC OF THE PHILIPPINES, Khamis, 17 Rabiulakhir 1445 / 2 November 2023
– 7th
ASEANSAI Summit yang diadakan di Diamond Hotel, Manila pada 2 November 2023 telah dihadiri oleh 64
orang wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEAN Supreme Audit
Institutions (ASEANSAI) dan juga wakil-wakil ASEAN Secretary General dan Asian
Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Secretary General yang mana delegasi Jabatan Audit telah
diketuai oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusop bin Haji Mahmud, Juruaudit
Agung Negara Brunei Darussalam serta empat (4) orang pegawai kanan Jabatan
Audit.
Sidang kemuncak berkenaan dirasmikan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Puan Yang Terutama Prof. Dr. Khin Naing Oo, Union Auditor General of the Office of the Auditor General of the Union of Myanmar selaku Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2021 - 2023. Selaku penganjur sidang kemuncak 7th ASEANSAI Summit, Tuan Yang Terutama Gamaliel A. Cordoba, Chairperson of the Commission on Audit Republic of the Philippines dan Timbalan Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2021 - 2023 turut mengalu-alukan kehadiran delegasi-delegasi negara ahli ASEANSAI dengan menyampaikan ucapan alu-aluan.
Semasa sidang kemuncak berkenaan, Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam juga telah membentangkan ASEANSAI Fundamental Audit Guidelines on Construction Projects yang merupakan satu aktiviti projek di bawah Pelan Kerja ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) bagi tahun 2022 - 2023 pada mana Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam dimandatkan sebagai ketua Projek aktiviti berkenaan.
Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusop bin Haji Mahmud, Juruaudit Agung Negara Brunei Darussalam dalam ucapan pengenalannya menyatakan bahawa projek ASEANSAI KSC ini dipilih mengambilkira projek pembinaan sektor awam biasanya melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan paling mudah terdedah kepada penipuan, pembaziran dan penyalahgunaan yang mana jika projek pembinaan tidak diurus dengan baik akan mengakibatkan kerugian kewangan, merosakkan imej kerajaan dan juga membahayakan keselamatan alam sekitar dan lain-lain. Sehubungan itu, Yang Mulia Juruaudit Agung juga mengulas bahawa pembangunan buku garispanduan berkenaan bertujuan menyediakan sumber rujukan yang mantap mengenai pengauditan projek pembinaan untuk negara ahli ASEANSAI.
Sidang kemuncak ini juga menyaksikan kejayaan pelancaran buku garispanduan “ASEANSAI Fundamental Audit Guidelines on Construction Projects" di bawah ASEANSAI KSC yang dipengerusikan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia yang mana buku-buku garispanduan hasil aktiviti projek berkenaan kemudiannya telah diserahkan oleh delegasi Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam kepada semua negara ahli ASEANSAI semasa 7th ASEANSAI Summit tersebut.
Semasa sidang kemuncak 7th ASEANSAI Summit, semua negara ahli ASEANSAI juga membincangkan dan meluluskan isu-isu strategik termasuk ASEANSAI Annual Results Report 2023 of the Committees and Secretariat, 4th Revision of ASEANSAI Rules and Procedures, perlantikan Commission of Audit of the Republic of the Philippines dan Auditor General's Office Singapore masing-masing sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2023 - 2025, dan perlantikan State Audit Office of the Kingdom of Thailand sebagai Juruaudit ASEANSAI bagi Laporan-laporan Kewangan bagi tahun 2022 dan tahun 2023.
Mesyuarat turut menyaksikan perlantikan Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia sebagai Sekretariat ASEANSAI jangka panjang bagi tempoh 2024 - 2029. Sidang kemuncak itu juga meluluskan pelan-pelan kerja komiti-komiti ASEANSAI untuk tempoh 2024 - 2025 dan belanjawan untuk aktiviti-aktiviti ASEANSAI untuk tempoh 2024 - 2025.
Sebelum berlangsungnya 7th ASEANSAI Summit, Mesyuarat Teknikal bagi 7th ASEANSAI Summit telah diadakan pada 1 November 2023 yang dipengerusikan oleh Ketua Sekretariat ASEANSAI bagi membincangkan dan memuktamadkan isu-isu strategik yang akan diluluskan semasa sidang kemucak berkenaan. Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh wakil-wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEANSAI termasuk Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Dayang Hajah Hartini binti Haji Abdul Halim, Penolong Kanan Juruaudit Agung berserta dua (2) orang pegawai kanan Jabatan Audit.