Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MESYUARAT KEEMPAT PROJEK PENYELIDIKAN ASIAN ORGANISATION OF SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASOSAI) KALI KE-13

​JABATAN AUDIT, Rabu, 2 Rabiulakhir 1445 / 18 Oktober 2023 – Mesyuarat Keempat Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 yang dianjurkan oleh pihak Sekretariat Agung Badan Pemeriksa Kewangan Republik Indonesia (Supreme Audit Institution [SAI] Indonesia) selaku Ketua Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 telah dihadiri oleh 14 negara ahli ASOSAI iaitu SAI Australia, SAI Brunei Darussalam, SAI China, SAI Indonesia, SAI Jordan, SAI Kuwait, SAI Lao P.D.R, SAI Malaysia, SAI Nepal, SAI Palestine, SAI Philippines, SAI Sri Lanka, SAI Thailand dan SAI Turkiye dan dua (2) negara ahli Arab Organisation of Supreme Audit Institutions (ARABOSAI), iaitu SAI Egypt dan SAI Morocco selaku pemerhati secara talian pada 18 Oktober 2023. 


Mesyuarat berkenaan bertujuan membentangkan dan memuktamadkan deraf Bab 3 – Fasa Perancangan Pengauditan bagi Remote Audit (Chapter 3 - Audit Planning Phase for Remote Audit) dengan mengambilkira cadangan-cadangan dan juga mendapatkan penjelasan dari ahli-ahli Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 yang lainnya. Pada masa yang sama, mesyuarat juga bertindak sebagai platform mengongsikan pandangan semasa sesi perkongsian mengenai topik “SAI's Experience in Developing Remote Audit Program" yang diadakan untuk berkongsi pengalaman bagaimana sesebuah SAI menilai semula risiko-risiko termasuk risiko penipuan (fraud risk), amalan terbaik untuk mengesan penipuan dalam program pengauditan walaupun dilaksanakan secara jarak jauh serta cabaran yang dihadapi dalam pembangunan program remote audit.

Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sebagai ahli Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video yang diadakan di Jabatan Audit yang diketuai oleh Dayang Voo Kiaw Lan, Pemangku Penolong Juruaudit Agung serta tiga (3) pegawai kanan Jabatan Audit.


Attachments
Created at 12/2/2023 10:29 AM by Lim Lin Teck
Last modified at 12/2/2023 10:29 AM by Lim Lin Teck