Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MESYUARAT KELIMA PROJEK PENYELIDIKAN ASIAN ORGANISATION OF SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASOSAI) KALI KE-13

JABATAN AUDIT, Khamis, 3 Ramadhan 1445 / 14 Mac 2024 – Mesyuarat Ketiga Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 yang dianjurkan oleh pihak Sekretariat Agung Badan Pemeriksa Kewangan Republik Indonesia (Supreme Audit Institution [SAI] Indonesia) selaku Ketua Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 telah dihadiri oleh 17 negara ahli ASOSAI iaitu SAI Australia, SAI Brunei Darussalam, SAI China, SAI India, SAI Indonesia, SAI Jordan, SAI Kuwait, SAI Lao P.D.R, SAI Malaysia, SAI Maldives, SAI Nepal, SAI Palestine, SAI Philippines, SAI Sri Lanka, SAI Thailand, SAI Turkiye dan SAI Vietnam dan tiga (3) negara ahli Arab Organisation of Supreme Audit Institutions (ARABOSAI), iaitu SAI Egypt, SAI Morocco dan SAI Tunisia selaku pemerhati secara talian pada 14 Mac 2024.




Mesyuarat berkenaan bertujuan membentangkan dan memuktamadkan deraf Bab 4 - Fasa Perlaksanaan Pengauditan bagi Remote Audit (Chapter 4 - Audit Fieldwork Phase for Remote Audit) dengan mengambilkira cadangan-cadangan dan juga mendapatkan penjelasan dari ahli-ahli Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 yang lainnya. Pada masa yang sama, mesyuarat juga bertindak sebagai platform mengongsikan pandangan semasa sesi perkongsian mengenai topik “SAI's Experience in Implementing Remote Audit Program" yang diadakan untuk berkongsi pengalaman akan cabaran-cabaran dalam menghasilkan penemuan-penemuan audit menggunakan prosedur-prosedur remote audit, amalan terbaik dalam memastikan kesahihan data (data validity), prosedur-prosedur untuk memastikan kerahsiaan, keselamatan dan perlindungan data semasa mengumpul bukti audit serta cadangan perkakasan (tools) untuk melaksanakan pengauditan remote audit secara berkesan.

Jabatan Audit Negara Brunei Darussalam sebagai ahli Projek Penyelidikan ASOSAI Kali Ke-13 telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video yang diadakan di Jabatan Audit yang diketuai oleh Dayang Voo Kiaw Lan, Penolong Juruaudit Agung serta tiga (3) pegawai kanan Jabatan Audit.


Attachments
Created at 5/15/2024 4:08 PM by Muhammad Hasif bin Haji Rosli
Last modified at 5/28/2024 3:03 PM by Muhammad Hasif bin Haji Rosli