Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KNOWLEDGE SHARING SESSION DAPATAN-DAPATAN UTAMA AUDIT TERHADAP PROJEK-PROJEK RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN, Selasa, 21 Syawal 1445 / 30 April 2024 – Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Bahagian Racangan Kemajuan Negara, Jabatan Perbelanjaan dan Rancangan Kemajuan Negara telah mengadakan Knowledge Sharing Session Dapatan-Dapatan Utama Audit terhadap Projek-Projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) yang diadakan pada 30 April 2024 di Bilik Serbaguna 2, Ibu Pejabat Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Puan Hajah Latifah binti Haji Mahmud, Pemangku Setiausaha Tetap (Fiskal II), Kementerian Kewangan dan Ekonomi.​

  

Taklimat yang berobjektifkan untuk berkongsisama dan berbincang mengenai dapatan-dapatan secara umum yang lazimnya diperolehi daripada Laporan-Laporan Jabatan Audit terhadap beberapa projek-projek Racangan Kemajuan Negara telah disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Audit. 


Turut juga hadir pada taklimat berkenaan ialah Yang Mulia Pengiran Hajah Fauziah binti Pengiran Haji Muhamad Kifli, Pemangku Juaruaudit Agung; Hajah Salawati binti Haji Puasa, Pengarah Bahagian Rancangan Kemajuan Negara, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengurusan projek-projek RKN daripada Kementerian-Kementerian yang berkenaan.



Attachments
Created at 5/15/2024 4:27 PM by Muhammad Hasif bin Haji Rosli
Last modified at 5/28/2024 2:59 PM by Muhammad Hasif bin Haji Rosli