Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
45th ASEAN Audit Committee Meeting Melalui Sidang Video

JABATAN AUDIT, Rabu, 1 Zulhijjah 1441 / 23 Julai 2020 – Seramai 33 orang wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEAN dan beberapa pegawai dari ASEAN Sekretariat (ASEC) telah menghadiri mesyuarat AAC kali ke-45 (45th ASEAN Audit Committee Meeting) melalui sidang video yang mana mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Doan Phuong Lan, Deputy Director General, Ministry of Foreign Affairs of Viet Nam. Jabatan Audit sebagai wakil AAC bagi Negara Brunei Darussalam telah ikut serta menghadiri mesyuarat tersebut melalui sidang video yang diadakan di Jabatan Audit yang diketuai oleh Pengiran Hajah Fauziah binti Pengiran Haji Muhammad Kifli, Pemangku Timbalan Juruaudit Agung serta tiga orang pegawai kanan Jabatan Audit.


Mesyuarat selama satu hari ini membincangkan beberapa agenda berkaitan dengan susulan laporan mesyuarat AAC kali ke-44, Penyata Kewangan ASEC bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2019, laporan Internal Audit and Evaluation Division  (IAED) ASEC bagi Tahun Kewangan 2019-2020 serta Pelan Kerja Audit Dalaman IAED ASEC bagi Tahun Kewangan 2020-2021, dan hal-hal lain.

Attachments
Created at 10/6/2020 1:51 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 10/12/2020 10:11 AM by Ak Hj Mohammad Fadzli Bin Pg Hj Ahmad