Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESYUARAT PERINGKAT KERJA (WORKING LEVEL) ASEAN SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASEANSAI) RULES AND PROCEDURES COMMITTEE (RPC)

JABATAN AUDIT, Rabu, 8 Jamadilawal 1442 / 23 Disember 2020 – Mesyuarat Peringkat Kerja (Working Level) ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) Rules And Procedures Committee (RPC) yang dipengerusikan oleh Auditor General's Office Singapore (SAI Singapore) selaku Pengerusi ASEANSAI RPC telah dihadiri oleh 13 orang wakil dari lima (5) negara ahli ASEANSAI RPC secara talian pada 23 Disember 2020 yang mana Jabatan Audit diwakili oleh Dayang Hajah Hartini binti Haji Abdul Halim, Penolong Kanan Juruaudit Agung serta dua (2) pegawai kanan Jabatan Audit.

 

Semasa mesyuarat berkenaan, wakil-wakil negara ahli RPC antara lain membincangkan Deraf Revised ASEANSAI Rules And Procedures (R&P) dengan mengambilkira ulasan-ulasan dan juga mendapatkan penjelasan dari ahli-ahli ASEANSAI RPC dan memuktamadkan Deraf Revised ASEANSAI R&P sebagai persediaan untuk dibentangkan dan diluluskan semasa 6th ASEANSAI Summit yang akan diadakan pada bulan November 2021 nanti.


Attachments
Created at 9/18/2021 4:45 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 9/18/2021 4:45 PM by Lim Lin Teck