Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESYUARAT ASEAN AUDIT COMMITTEE KE-46

JABATAN AUDIT, Selasa, 18 Zulkaedah 1442 / 29 Jun 2021 – Mesyuarat ASEAN Audit Committee (AAC) ke-46 diadakan melalui sidang video di Pusat Antarabangsa, Berakas yang dipengerusikan oleh Yang  Mulia Haji Yusop bin Haji Mahmud, Juruaudit Agung Negara Brunei Darussalam. Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh 73 orang wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEAN dan ASEAN Sekretariat (ASEC).


Pada sesi perasmian mesyuarat AAC ke-46, Yang Mulia Juruaudit Agung memulakan ucapan alu-aluan dengan memberi penghargaan ke atas kehadiran semua wakil AAC yang menunjukkan komitmen ahli-ahli AAC mengambilkira pandemik COVID-19 yang melanda pada masa ini dan kepada Internal Audit and Evaluation Division (IAED) ASEC yang mengatur dan menyelaraskan mesyuarat AAC ke-46 melalui talian bagi memudahkan perbincangan di antara ahli AAC mengenai isu dan perspektif utama mengenai kewangan Sekretariat ASEAN, keberkesanan kawalan dalaman ASEC serta perkara-perkara penting lain yang berkaitan.


Semasa mesyuarat berkenaan, wakil-wakil AAC membincangkan beberapa agenda yang berkaitan dengan susulan laporan mesyuarat AAC ke-45, Penyata Kewangan ASEC bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2020, Pelan Kerja Audit Dalaman IAED ASEC bagi Tahun 2021 - 2022, dan hal-hal lain.

Attachments
Created at 9/20/2021 2:29 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 9/20/2021 2:51 PM by Lim Lin Teck