Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
THE 6TH ASEAN SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASEANSAI) SENIOR OFFICIALS’ MEETING

JABATAN AUDIT, Khamis, 18 Zulhijjah 1442 / 29 Julai 2021 – 6th ASEANSAI Senior Officials' Meeting (SOM) yang dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara Negara Malaysia (SAI Malaysia) selaku Pengerusi ASEANSAI bagi sesi 2019 - 2021 telah dihadiri oleh 69 orang wakil dari sepuluh (10) negara ahli ASEAN Supreme Audit Institutions (ASEANSAI) secara talian pada 28 hingga 29 Julai 2021 yang mana Jabatan Audit telah diketuai oleh Pengiran Hajah Fauziah binti Pengiran Haji Muhammad Kifli, Timbalan Juruaudit Agung serta lima (5) orang pegawai kanan Jabatan Audit.


Pada sesi perasmian mesyuarat 6th ASEANSAI SOM, Yang Mulia Dato' Nik Azman Nik Abdul Majid, selaku Pengerusi ASEANSAI dan Ketua Audit Negara Malaysia telah menyampaikan ucapan alu-aluan antara lain menyatakan ASEANSAI perlu memanfaatkan momentum transformasi digital dan menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan program ASEANSAI dalam membangun kemampuan dan kecekapan juruaudit.

Mesyuarat seterusnya di pengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Bahtiar Arif, Setiausaha Agung Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia (SAI Indonesia) selaku Ketua ASEAN Secretariat yang antara lain membincangkan agenda yang berkaitan dengan Pelan Kerja Komiti-Komiti ASEANSAI bagi tahun 2022 - 2023, hasil analisis kajian mengenai ASEANSAI Legal Capacity; dan isu-isu strategik yang lain berkaitan dengan 6th ASEANSAI Summit




Attachments
Created at 9/20/2021 2:41 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 10/23/2021 1:05 PM by Lim Lin Teck