Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
15TH ASIAN ORGANISATION OF SUPREME AUDIT INSTITUTIONS (ASOSAI) ASSEMBLY

JABATAN AUDIT, Selasa, 29 Muharram 1443 / 7 September 2021 – Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusop bin Haji Mahmud, Juruaudit Agung Negara Brunei Darussalam selaku ketua delegasi Negara Brunei Darussalam bersama empat (4) orang pegawai kanan Jabatan Audit  telah menghadiri The 15th Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Assembly secara talian yang dianjurkan oleh State Audit Office of the Kingdom of Thailand. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh ketua-ketua institusi-institusi audit sektor awam (Supreme Audit Institutions [SAIs]) berserta delegasi dari 42 negara ahli ASOSAI dan juga dari organisasi-organisasi antarabangsa.


Semasa perhimpunan 15th ASOSAI Assembly, beberapa laporan telah diterima pakai termasuk laporan-laporan berkaitan dengan pelaksanaan Pelan Strategik ASOSAI bagi tahun 2016 -2021, deraf Pelan Strategik ASOSAI bagi tahun 2022 – 2027, laporan-laporan mengenai kumpulan-kumpulan kerja ASOSAI dan laporan berkaitan dengan pelaksanaan Hanoi Declaration.

Perhimpunan ini juga menggunapakai (adoption) Bangkok Declaration 2021: SAIs and Preparing for the Next Normal yang antara lain mengetengahkan bahawa SAIs harus menyampaikan rancangan yang koheren bagi pembangunan negara yang berdaya tahan (resilient) yang mampu mengatasi risiko COVID-19 secara berterusan bagi memastikan perkembangan ekonomi dan sosial serta mencapai Sustainable Development Goals.

Pada hari yang sama, perhimpunan juga meluluskan penubuhan ASOSAI Working Group on Sustainable Development Goals dan ASOSAI Working Group on Crisis Management Audit.


Attachments
Created at 10/23/2021 1:00 PM by Lim Lin Teck
Last modified at 10/23/2021 1:11 PM by Lim Lin Teck